Dunia Islamku SELAMAnya: September 2011
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)

Wednesday 28 September 2011

Bicara Qalb~♥ Munajat sahabat..^^"



sEandainya daku bertemu seorang kawan,,
yg sanggup brsusah atas nama kEsetiaan,,
mEndahulukan atas nama kebajikan,,
mEnyimpan keaiban ku atas nama kejujuran,,
mEnegur kelemahan ku atas nama kebaikan,,
mEmendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,,
kEtahuilah bahawa dia bukanlaa seorang kawan,,
tEtapi seorang saudara & sahabat sejati yg sukar di carii gantii,,
yakinlah daku akan setia padamu..

NAMAKU remaja....TA'LABAH juga remaja


.



Dalam menyusuri kehidupan yang sungguh penuh dengan dugaan,,,,
Kita mnegenal erti remaja….
Kita mnegenal erti kanak kanak….
Erti di besarkan.,..
Erti di kasihi dengan spenuhnya….

Namun,adakah semua itu yang kita perlu???
Betapa indahnya,..
Dan malu nya diri ini di bandingkan dengan seseorang…
Iaitu..


Ta'labah...

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Ta’labah..juga seorang remaja….
Kamu juga seorang remaja..
Saya juga seorang remaja……

Tetapi..ta’labah bercita kan syurga…
Remaja kita citakan apa????
Masih mencari keseronokan…..
Ta’labah keseronokan nya bila mberada di jalanNYA…
Remaja ,diri ini..keseronokan letaknya pada apa??????
Hanya mungkin saja kemewahan dunia yg semata2……

Ta’labah…begitu murninya diri ini..
Amat takut dengan dosa..
Bila memandang sudah bergegar ketakutan..
Jiwa sudah merintih…
Remaja kita pada hari ini???memandang perkara biasa…..
Melakuakan nya sesuatu yang di katakan professional.,….

Di mana kah kita ???
Tidak sedar kah kita???dosa dan maksiat yang kita lakukan….

MASIH ADA KAH SEPERTI TA'LABAH UNTUK REMAJA PADA HARI INI??

wahai jiwa jiwa yang bergelar remaja....
bukan pinta ku meminta lebih..
namun,kita berusahalah mencontohi sikap remaja Ta'labah..
bukan dr segi fizikal,kerna ana pun x tau rupa paras remaja yang bernama Ta'labah..
TETAPI...KITA CONTOHILAH.KITA AMBIL LAH IKTIBAR ..
SIKAP RASA BERSALAH TA'LABAH YANG MENDOMINASI DIRI BILA MERASAKAN MELAKUKAN DOSA.....

Ta’labah di janjikan syurga….
Para remaja dahulu..juga d janjikan syurga…
Kita?????

Kisah Ta’labah yang membuat diri ini memikirkan betapa jauhnya kita remaja hari ini dengan Ta’labah..

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita

Allah itu wujud

Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan. “saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.

Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada. Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.

Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor. Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut. “Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”

“eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?”, Balas tukang gunting rambut. “Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut. “Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.

“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya. Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.

Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.

~ISLAM CARA HIDUP KITA~…….

ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH ATAU ALLAH S.W.T? ORANG TENGOK TELEVISYEN ATAU PERLAWANAN BOLA SEPAK?



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."

mati syahid fi sabilillah

Aku tidak melihat di dalam dunia ini melainkan sebuah perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini,,,alangkah ruginya orang2 yang hidup hanya untuk dunia sahaja,,hidup nya penuh dengan tipu daya dunia semata,,,sedangkan hidup nya bukan untuk itu,, melainkan satu persinggahan untuk merebut peluang untuk berjuang, Mati adalah pasti,,kenapa perlu takut mati,,,sedangkan kematian itu walau sesaat pun jua takkan mampu di unjurkan waktunya bila dah sampai masanya,,,maka wahai al-Insan mati ler secara bermaruah,,,MATI SYAHID FI SABILILLAH,,,gerakkan langkah perjuangan ,,,kemenangan atau syahid syuhada,,itulah janji Allah Rabbul Izzati yang di nantikan beserta balasan syurga dan para khuurul inn yang sedang menanti dan merindukan mu di syurga sana,,,ALLAH HU AKHBAR ,,JIHAD FISABILLILLAH,,,!!!!

bila kita syg org tu

Biler kiter syg org tu,
Kita tnggu dia lame pn x per,
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2...
Ati kate ala,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan,ada dia lyn kiter???
Ati kate,x pe dia busy kott!!!

Biler kiter syg org tu,
Kita gdh ngan dia,kita dim jea...
Tp dia heboh 1 dunia...
Ati kate x pe,dia tension tue...

Biler kiter syg org tue...
Kita kol nak ckp ngan dia...
Tp dia bg phone kat org len atau matikan...
Biler jd cm2,x pe...
Ati kata,x pe...lyn je,kwn dia,kwn kiter gak...

Biler kiter syg org tu...
Kita b’cerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik...

Tp biler dia bercerita ngan kita???
Kita dgr,sepatah2 kite kena ingt...
klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu,
Kita & dia lpr...
Tp kiter bg sume roti kita kat dia...
Ati kata,ala jaga lh ati dia,sian dia…

Biler kiter syg org tue,
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih,dia srh jugak kiter lyn dia bila dia bsn...
Adil ker???Ati kata,ala bukan selalu pun...

Biler kiter syg org tue,
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Ati kata,ala x pe,x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...

Biler kiter syg org tu,
Kita x pnh pntingkan diri sndri,
Tp dia hpokrit thp gaban..
Ati kata x per,dia mmg cm2 kene lah trima...

Biler kiter syg org tue,
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya,
Tp dia x tahu kiter b’dpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit bese2 jer,jgn nk mngrt...
Ati kata,cmnelah dia biler kiter x de,msti dia hepi...

Biler kiter syg org tu,
Kiter x snggp tngk dia derita,
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tue,
Kiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia...
Tp adakah dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata,x pe,janji dia bhgia...
 

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ~TIPS HIDUP BAHAGIA~Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ~TIPS HIDUP BAHAGIA~Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

♥ Sebarkan SALAM,

♥ Maniskan SENYUMAN,

♥ Ringankan BEBAN,

♥ Tenangkan TEMAN,

♥ Maafkan KESALAHAN,

♥ Tingkatkan IMAN,

♥ Bersangka Baik DIAMALKAN....


Boleh share untuk manfaat bersama~

SAAT Allah mencintai seseorang

Saat ALLAH MENCINTAI SESEORANG, tempat pertama menerima sentuhan itu, adalah HATI. disitulah ALLAH MELENYAPKAN segala RASA PUTUS ASA dan KESEDIHAN AKIBAT DOSA MEREKA, kemudian, BERGANTI dengan HARAPAN dan KEINGINAN UNTUK BERUBAH MENJADI INSAN BERJIWA BERSIH. :)

mari amalkan

✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,
✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU

jAngAN ditANYa kENapa dAn mENGapa

JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA ALLAH MEMBERI SESUATU UJIAN itu kepada KITA, Kerana, DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG DITENTUKANNYA. JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA NIKMAT itu TIDAK DAPAT kepada KITA, Kerana DIA LEBIH MEMAHAMI KEPERLUAN dari KEHENDAK DIRI KITA.

tetapi, TANYALAH,

KENAPA dan MENGAPA kita SUKAR MENERIMA SESUATU dengan IKHLASNYA, KENAPA dan MENGAPA kita TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT yang DIBERI oleh DIA, KENAPA dan MENGAPA kita SELALU BERSANGKA BURUK dengan PENCIPTA KITA, KENAPA dan MENGAPA kita SENTIASA MELAKUKAN APA yang DILARANG-NYA.

p/s : renung - renungkan. :)

kisah PENSIL dan PEN

Pensil: Saya minta maaf..
 Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.
 Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.
 Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..huhu :)

tanya dirimu

“Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah lalu seseorang memujimu, maka itu adalah peringatan atas kekurangan dalammu. Maka periksalah dirimu. Carilah sebabnya kenapa manusia memujimu?”

ibarat anak-anak kecil yg bERmain main dlm kEhidupan

Ada masa, sehari suntuk kita tidak menyentuh Al-Quran. Solat kita, sengaja dilewat-lewatkan, malah ada yang tinggal terus. Ada waktu, kita sengaja melalaikan diri daripada Allah SWT. Ada ketika, kita lakukan kerja kita di pejabat bermain-main. Malah, ada manusia, menjalani kehidupannya seakan-akan kehidupannya itu tidak bermakna langsung untuk akhiratnya. Ternyata, kalau kita bandingkan diri kita dengan Rasulullah SAW dan para sahabat yang merentas padang pasir gersang lagi panas itu, kita hanya kelihatan seperti anak-anak yang bermain-main dalam kehidupan ini. Malunya..

wahai lelaki. . .jangan

wahai lelaki jangan d pandang diriku dengan pandangan nafsu....hingga nafsumu bergelora bila melihat ku,,,,wahai lelaki jangan ucap kata2 cinta pada diriku,,,kerana cinta itu bukan milikku,,,wahai lelaki jangan pandang diriku kerana pakaianku,,,kerana ianya bukan kayu pengukur bagi iman dan taqwaku,,,wahai lelaki jangan memaksa dan mengongkong daku,,kerana aku dah nobatkan diriku untuk menjadi daei d jalan Allah dan RasulNya,,,dan pesan dariku ,,janganlah menyayangiku melebihi batas sebagai seorang muslim dan mukmin,,kerana aku tak mahu kehadiranku memberi seribu harapan kepadamu,,,hingga kamu meninggalkan daku apabila kecewa denganku kerana harapanmu punah keranaku,,,melainkan belajar ler untuk mengasihiku sebagai saudara seukhwah seislammu,,, sehingga apa pun terjadi aku dan dirimu tetap berada di jalan dakwah ini hingga nafas kita dikembalikan kepada Allah Rabbul Izzati,,,aamien ya Rabb!!

berniat

Bila seseorang itu berniat untuk membuat sesuatu sunnah Nabi atau apa2 kebaikan dengan cara yang baik dan tidak mencampuradukkan dengan perkara yg ditegah agama, maka Allah yg menilai niat baiknya itu akan mempermudahkannya. Yakinlah pada Allah, Dia sebaik2 penolong

zinaku bERMULA DI FB


Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….
Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.
Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.
Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….
Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.
Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…
Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?
Layar itu masih memancarkan  kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.
Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…
Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”
Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?
Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..
Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…
Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….
Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.
Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.
Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.
Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.
Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi…

buat mereka yg masih mencari



Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada
pernahkah?

Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.