Dunia Islamku SELAMAnya: October 2011
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)

Sunday 30 October 2011

AIR MATA ITU..



~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ✿~

>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)

Saturday 29 October 2011

hilang

aku hilang arah bilamana yang ku pegang tiada lagi di genggaman,
aku hilang keyakinan tatkala harapan yang ku simpan tidak kesampaian,
aku menggalas tekanan bila insan yang ku sayang kini menghilang,
aku putus asa dan berjiwa parah dengan kehilangan demi kehilangan,
wahai diri yang sedang meratap kesedihan,
lupakah kalian dengan Allah pencipta alam?
yang menciptakan kita dan segala macam keindahan..
sesungguhnya, segala apa yang kita miliki dan impikan,
adalah milikNya!
bila-bila masa tika Dia mahu meminta kembali segala pemberian,
apakah masih tegar kita untuk tidak melepaskan?
namun Allah yang adil tidak sesekali bersikap kejam,
redha kita atas kehilangan akan menjadi mahar untuk Dia menganugerahkan sesuatu ganjaran yang lebih penting dan lebih kita perlukan..
yakini Dia! ♥♥♥

misi hidup & mati

1. Selesaikan Rukun Islam
2. Selesaikan Rukun Iman
3. Ikut Sunnah Rasulullah segala segi kehidupan dari percakapan, perbuatan, pakaian, kerja, dakwah, berkeluarga, bersosial/bermasyarakat, akhlak...
4. Buat amalan berpahala sepanjang nyawa pagi petang siang malam
5. Mendapatkan/mentarbiah anak soleh
6. Mendoakan redha Allah Swt setiap masa
7. Menyampaikan kebenaran Agama Allah Swt
8. Husnul Khatimah sewaktu mati.
9. Dipermudahkan/lancar/dilindungi/mendapat rahmat di padang mahsyar, titian sirat dan timbangan amalan. Mendapat syafaat.
10. Masuk syurga dan bertemu Allah Swt, Rasulullah Saw, Nabi-Nabi, Para Sahabat, Para Malaikat, Keluarga dan taulan, selamanya. (Selama-lamanya Infiniti)

Anda bagaimana? ada tulis misi hidup anda? boleh tambah secara detail misi hidup anda. Buat wallpaper komputer, handset, dan tablet. Biar ingat seharian.

lelaki yg gentleman n romantik

~ Lelaki yg Gentleman bukanlah yg m'bukakan pintu kereta utkmu ketika kalian hendak b'dating..
~ Lelaki yg Romantik bukanlah yg menyanyikan utkmu lagu cinta yg membuatkanmu leka, luluh bersama maruah dan kehormatanmu..
~ Tetapi lelaki yg Gentleman & Romantik, adalah lelaki yg x akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dgn p'buatan mahupun kata2, sebelum dia mampu bersumpah di depan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga..♥

sabar jika kehendakan sesuatu

kekadang kita berkehendakkan terhadap sesuatu tapi hakikatnya kita perlu r tabah jika tidak dapat perkara tersebut kerana mungkin belom tiba lagi masa dan waktu yg sesuai untuk kita memilikinya..
atau juga...
kerana sesuatu tersebut tidak ditakdirkan untuk kita..
walaubagaimanapun....jgnlah berhenti usaha dan berhenti berharap untuk mendapatknnya andai kata ia tidak ditakdirkan untuk kita..kerana sesuatu tersebut tidak mustahil untuk menjadi milik kita pada akhirny

Friday 28 October 2011

walaupun berulangkali aku ucap

“Seringkali ku baca dalam solatku
Namun jarang sekali aku amalkan
Dan ku merenung sejenak…
Innasolati.. sesungguhnya solatku
Wanusuki.. dan ibadahku
Wamahyaya.. dan hidupku
Wamamati.. dan matiku
LillahiRabbil ‘alamin.. kerana Allah Tuhan sekalian alam.

Walau berulang kali ku ucap
Benarkah segalanya hanya keranaMu?
Solatku.. khusyukkah solatku?
Ibadahku.. banyak lagi yang tidak aku amalkan
Hidupku.. masih belum lurus panduannya
Matiku.. masih menjadi persoalan
Benarkah segalanya hanya keranaMu, ya Allah..

Ya Allah…
Ku cuba sedayanya..
Bantulah aku dalam mujahadahku..

Ya Allah..
Terimalah..
Walau masih banyak lagi cacatnya
Terimalah ya Allah..
Kepada siapa lagi hendak ku persembahkan semua ini
Semuanya hanya untukMu..”

jangan

Jangan mencari jika hilangnya aku,
Jangan bersedih dengan ketiadaan aku,
Jangan berduka kerana perginya aku,
Jangan mengharap dengan bantuan aku untuk menggembirakanmu,
Kerana sesungguhnya aku insan yang tak punya kuasa,
Banyak khilaf dan dosa..

Jika kalian menganggapku sempurna, pasti kalian akan menyesal satu hari bila kalian lihat keburukanku ~ :)

Thursday 27 October 2011

✿ Hawa,




Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya..

Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.

Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

~* Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu *~
‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

ucapkanlah "redha"

ucpkanlah "aku redha" dgn musibah yg menimpa..
menangislah dlm doa seraya meminta..
ingtlah cintaNya yg selalu ada..
mengertilah Dia maha mendengar segala2nya,
~~~jgnlah berputus asa, khdpan x semudah kata, namun smgt dan kata2 yg mnghidupkan kmbali jiwa~

jika perjuangan ini mudah

jika perjuangan ini mudah, sudah tentu ramai yang menyertai...
jika jihad fisabillilah ini tidak memerlukan penat lelah, tentu tidak ada manusia yang mengingkari..
hakikatnya,
yang sukar itulah yang akhirnya menemukan jalan terindah.
tp, tanpa kesedaran,
insan buta mencari kebenaran.
~~~ mencari jalan menujuNya memerlukan usaha yg bukan sedikit....hidayah akan mendatangi hati2 yang ikhlas mencari jalan menuju Robbi...~~

Tuesday 25 October 2011

wanita ada 4 tudung

Tudung wanita itu ada 4. Tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati.

Apa ertinya?
1. Tudung pada wajah: jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2. Tudung pada mata: jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.

3. Tudung pada suara: jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.

4. Tudung pada hati: mengingati Allah dengan tasbih.

mukmin berada di antara 5 musuh

Mukmin itu berada di antara lima musuh:

- Mukmin yang mendengkinya.
- Munafiq yang membencinya.
- Kafir yang memeranginya.
- Syaitan yang menyesatkannya.
- Nafsu yang menggelincirkannya.

Berhati-hatilah. Walau lemah jangan sampai kalah. Walau resah jangan sampai rebah! Minta pada Allah. Dia kan sebaik-baik Penolong. :’)

bila kita jadi ???

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI.
Bila jadi baik, ORANG MELUAT.
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM.
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH. APA LAA NAK JADI. NAK KIAMAT KOT?."
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA.
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN.
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS.
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR.
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONGsss GILERR'

Ini la dunia sekarang, mulut org macam-macam... Renung-renungkan la.
Jadi "tepuk dada tanyalah iman sendiri". Ada cermin kat rumah jom cermin peribadi dan sikap kita.....

berterima kasih lah

✿ Ü“Berterima kasihlah pada yang kalah, kerana mereka kita menjadi juara.
✿ Ü“Berterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga.
✿ Ü“Berterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan.
✿ Ü“Berterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang.
✿ Ü“Berterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan.
✿ Ü“Berterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih baik!!

terimakasih semua ;
)

Monday 24 October 2011

siapa yg dilantik sebagai pemimpin

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain..
Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah..
Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. -Saidina Ali bin Abi Talib..

#pesanan utk diri sendiri dan mereka yang bergelar pemimpin~

akan jadi perselisihn faham

Rasulullah SAW bersabda:
”Akan terjadi perselisihan (kekacauan)
setelah WAFATNYA SEORANG PEMIMPIN,
maka keluarlah seorang lelaki dari ahli
Madinah mencari perlindungan menuju
ke Mekkah, lalu lelaki itu didatangi oleh
sekumpulan manusia dari ahli Mekkah,
maka mereka membai’at paksa lelaki itu
di antara Rukun dan Maqom (Ibrahim)
padahal ia tidak suka dengan hal itu,
kemudian suatu pasukan diutus dari ahli
Syam (untuk menangkap orang-orang
yang berbai’at itu), maka mereka
dibenamkan ke dalam bumi di suatu
tempat bernama Al-Baida antara Mekkah
dan Madinah.” (HR Abu Dawud)

✿ BERSALAMAN ATAU MENYENTUH DENGAN BUKAN MAHRAM..✿



~> Gejala Ikhtilath (PERCAMPURAN di antara lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa oleh masyarakat sekarang seperti :

✿~ BERSENTUHAN KULIT..
✿~ BERSALAMAN TANGAN..
✿~ BERTEPUK TAMPAR..
✿~ BERGURAU SENDA..
✿~ BERPELUKAN sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah..

Rasulullah saw bersabda :
“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu DITUSUK dengan JARUM BESI, itu adalah LEBIH BAIK bagi kamu daripada kamu MENYENTUH WANITA yang TIDAK HALAL bagi kamu.”
(Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

>>> Semoga kita selaku umat Islam diberikan KEMUDAHAN untuk MEMAHAMI apa yang telah DILARANG Allah dengan baik..sekiranya BERSALAMAN dan BERSENTUHAN pun termasuk PERKARA yang terlarang, fikirkanlah yang MELAMPAU dari itu..Wallahu 

Sunday 23 October 2011

SESUATU YG BAIK BELUM TENTU BENAR

♥ Sesuatu yang baik belum tentu benar
♥ Sesuatu yang benar belum tentu baik
♥ Sesuatu yang bagus belum tentu berharga
♥ Sesuatu yang berharga/berguna belum tentu bagus
♥ Jika kita tidak dapat menjadi orang yang pandai, jadilah orang yang baik
♥ Jika kita berbuat baik,kebaikan pula yang akan kita terima kelak ♥

ʚϊɞ Rendahkanlah HATI mu serendah mutiara di lautan
ʚϊɞ Janganlah berjalan di dunia ini dengan kesombongan
ʚϊɞ Usirlah semua KESEDIHAN dengan menyebut nama ALLAH Ta’ala
ʚϊɞ Bergantunglah segala sesuatu pada-NYA
ʚϊɞ Hindari serta jauhilah HAWA NAFSU yang melenakan

15 maksiat yg menurunkan bala

Daripada ali bin abi thalib r.a rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka :

1-apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2-Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3-Zakat dijadikan hutang.

4-Suami memperturutkan kehendak isteri.

5-Anak derhaka terhadap ibunya.

6-Sedangkan ia berbaik dengan kawannya.

7-Suka menjauhkan diri dari ayahnya.

8-Suara ditinggikan dalam masjid.

9-Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.

10-Seseorang yang di mulia kerana ditakuti kejahatannya.

11-Arak diminum di merata tempat.

12-Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.

13-Para isteri disanjung-sanjung.

14-Muzik banyak di mainkan.

15-Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

(Hadis riwayat tarmiz

Allah telah berjanji dlm kitab

Allâh Ta’ala memberikan kita suatu Janji di dalam ayat Al-Qur’an: ”Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.”
(QS. 3:139)

Allâh menjanjikan kita kebebasan bantuan, keunggulan, dan kemenangan dalam kondisi bahwa kita benar-benar orang yang beriman. Jika kita merasakan kekalahan saat ini, bukan berarti Janji Allâh itu salah. Tetapi lebih kepada, pertanyaan yang harus kita pertanyakan pada diri kita sendiri:

Apakah kita benar-benar orang Beriman? ••► Renungkanlah wahai Sahabat !!!

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :



[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,

[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,

[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,

[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,

[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(HR. Al-Hakim dalam Al Mustadroknya)

_MANFAATKANLAH UNTUK TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA_

dia laksana rembulan

Dia…
Laksana rembulan…
Menyinari insan yang berada di bumi..

Jika ia memandang…
Dunia seakan bergetar kerana ketulusannya..

Jika ia berkata…
Dunia seakan terlena kerana kelembutannya..

Jika ia tersenyum…
Duniapun ikut tersenyum kerana keikhlasannya..

Laksana pelita…
Tubuh terbakar demi sebuah pengorbanan..
Menjadi penuntun di tengah gemerlapnya dunia..

Laksana sohabiyyah…
Langkah kakinya bagai langkah Fatimah..
Hidupnya penuh ketenangan jiwa..
Karena hatinya selalu berzikir..

Dialah wanita solehah..
Yang senantiasa menjadi penentu..
Akan sebuah perubahan dunia

berjalan dgn penuh harapan

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
 sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
 belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
 berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
 hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan.
 Bukti kasih-Nya, kita masih wujud di dunia pinjaman ini.

dalam aku mencari redhamu

Dalam aku mencari redha-Mu Tuhan,
 jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman,
 agar diriku indah dengan nikmat ISLAM... 
Tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang TEMAN yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan... Hadirkanlah ia dalam perjalanan hidupku untuk selamanya

tua dari usia

Jangan selalu rasa nak jadi adik
Jangan selalu rasa nak jadi muda
Jangan selalu rasa berjiwa remaja

Kerana itu semua melembabkan pemikiran
Kerana itu semua membantutkan tindakan

(Malah sebenarnya ia terkadang menjengkelkan!)

Pemuda-pemudi Islam
Perlu cepat dewasa dari usianya!

Bila pemuda itu DEWASA pemikirannya
Lidahnya membuah BAHASA

Bila pemuda itu DEWASA hatinya
Tingkahnya membuah RASA

Berhentilah bermuda-muda
Berhentilah terlalu banyak bersuka-suka
Berhentilah berkata 'Ah' itu urusan orang tua-tua'

Kelak, sampai bila pun
Engkau tidak akan merasa menjadi MANUSIA

iman

IMAN bukanlah semudah dikata,

bukan jua semudah dijaga,

sematkan di dalam HATI,

agar sinarnya terpancar pada gerak diri,

betapa peritnya ia sampai kepadamu,

maka setinggi itulah PERJUANGAN MEMARTABATKANNYA

jika hari ini kita . . . .ada insan yg sedang. . .

Jika hari ini kita ketawa, ada insan sedang berduka,
Jika hari ini kita kecewa, ada insan sedang merana,
Jika hari ini kita terseksa, ada insan sedang menderita.

Jika hari ini kita gembira, ada insan sedang menyeka air mata,
Jika hari ini kita gundah gulana, ada insan sedang berkelana,
Jika hari ini kita merana jiwa, ingatlah, masih ada ruang penguat jiwa.

Kerana, sesungguhnya, setiap yang kita lalui hari ini,
ada Tuhan yang mencipta, dan berlapang dada berada di sisi kita

kubur seru manusia sebanyak 5 kali sehari

Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka.
Alhamdulillah... Silalah tag diri masing2 dan rakan2 kalian di gambar2 ini... Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta redha Ilahi... InsyaAllah... Amiin ya rabal alaminnn.... ^____^♥

Friday 21 October 2011

skema jawapan bila ditanya bila nak kahwin

Skema jawapan untuk soalan "Bila nak kahwin?"

Kenapa Lambat?
✔ Kerana Allah tahu masa yg terbaik utk ku.
Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing-masing.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kepada ku.

Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti
.

tiga jenis jodoh



♥ Jodoh dari Syaitan…berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

♥ Jodoh dari Jin…berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

♥ Jodoh dari Allah…cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

:: I ♥ الله :

Thursday 20 October 2011

hidup ini hanya menumpang

Assalamualaikum.. ♥ ♥

"Hidup ini tumpang menumpang... di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah...?" - Di antara petikan mutiara kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tazkirah khas buat KAU,AKU dan KITA..

bersangka baiklah

♥(❤◕‿◕❤)Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah org yg paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yg tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.Hakikatnya,dia menegurmu utk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu utk dirinya turut berjaga2. Dan dia bertegas dalam hal2 agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama2 ♥(❤◕‿◕❤)Wallahualam♥(❤◕‿◕❤)

5 ujian Allah

‎5 Ujian Allah SWT sebagai tanda Allah Mencintai kita:
1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.:)
2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.
3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita..InsyaAllah....Wallahu'alam..

merasakan. . .

dunia kite ada nohtahnya..Adakala, kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya. Lalu, jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia. Adakala, kita menempa jaya demi jaya dalam mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa. Lantas, timbul rasa dunia itu milik kita selamanya. Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik noktahnya. Bahkan, kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.

Ketika itulah, ketika jiwa terputus hubungan dengan yang menjadikannya serta mengurniakannya kehidupan, lalu jiwa kita menjadi kering dan hilang kepekaan. Lalu kita menyangkakan keseronokan itu kebahagiaan dan nafsu itu jalan menujunya. Kita teraba-raba mencari ketenangan lalu kita temui keserabutan.

"tuhan masih sayangkan saya"

‎"Tuhan masih sayangkan saya".. ayat ini sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat kita dimana sahaja, terutama apabila seseorang itu mendapat sesuatu perkara atau mengalami suatu peristiwa yang memberikan makna yang membawa harapan atau penyelesaian masalah dalam kehidupan seseorang itu.

Memang secara umumnya ayat ini nampak macam sedap dan lunak didengari. Tetapi, sedarkah kita apakah maksud sebenar dari ayat ini? Mari kita dengar sekali lagi:

"... syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya..."

Oh, jadi, selama ini kamu fikir Tuhan tak sayangkan kamulah? Maksudnya kita tanpa disedari telah bersu'uldzon (sangka buruk) terhadap Allah kerana menghadapi beberapa kesukaran atau pun ujian di dalam kehidupan. Hanya setelah diberi pertolongan atau harapan, barulah kita menyedari selama ini Dia masih sayangkan kita? Barulah teringat nak bersyukur? Begitu?

titipan buat wanita..


Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan

DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD


Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?
✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Rahmati aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’afinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)
doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid.
indahnya maksud di sebalik ayat ini. :
)

rasullulah rindu umatnya pada akhir zaman

Setengah Ulama Salaf berkata kita umat akhir zaman ini lebih jahat dan zalim daripada abu Jahal dan Abu Lahab kerana kita membuatkan Rasulullah menangis apabila melihat amalan umatnya sekarang...

Tetapi Rasulullah tetap merindui umatnya akhir zaman ini, hinggakan bersabda, berbahagialah mereka yang tidak melihat Nabi tapi beriman dengan apa yang dibawa Nabi ( diulang sebanyak tiga kali).

Jika hendak diikutkan sudahlah umat ini diazab akan tetapi oleh kerana sayang dan cintanya Nabi kepada kita bersama doa dan harapan terus-menerus, Allah menahan azab yang pedih daripada menimpa Umat Nabi Muhammad ini..

Jika anda semua hendak tahu...

RASULULLAH-LAH ORANG YANG PALING BANYAK MENANGIS UNTUK UMATNYA...!!

RASULULLAH-LAH ORANG YANG PALING BANYAK MENDOAKAN KAMU...!!

RASULULLAH-LAH ORANG YANG PALING BERJASA KEPADA KAMU...!!

RASULULLAH-LAH ORANG YANG PALING MENDERITA
APABILA HENDAK WAFAT MENGENANGKAN SAKIT MATI UMATNYA..!!

TAPI UMATNYA LUPAKANNYA...

Sudahlah didunia beliau menangis kerana umatnya sampai diakhir hayat, Menangis pula melihat amalan umatnya, di padang Masyar menangis lagi hingga tiada air mata yang mengalir...

Layakkah kita menjadi umat kekasih Tuhan sekalian alam??

janganlah

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.”(Qs. Luqman : 18)

bangun tidur

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri:
" Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini ?"

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:
" Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat..."

:: I ♥ الله ::

carilah

Di dunia moden hari ini…
pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya.
tanpa eye shadow dan pemerah pipi,
tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,
tanpa gemerincing loceng gelang kaki.
tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,
tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,
tanpa pakaian menjolok mata.

Susah?
memanglah.
jiwa muda.
warna-warni menggamit mata.
rasa ingin mencuba membara-bara.
Tapi harus sedar diri,
tanpa semua itu pun,
kamu sudah pun menjadi perhatian.

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,
biar tidak up to date,
biar tidak bergaya..

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati ZINA; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

berbuat baik

Senyumanmu terhadap saudaramu adalah sebagai satu sedekah. Anjuranmu terhadap orang lain untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan keburukan adalah sebagai satu sedekah.

Petunjukmu terhadap seseorang di jalanan yang tersesat adalah satu sedekah. Dan engkau yang dapat menyingkirkan batu, duri dan tulang di jalanan adalah satu sedekah

kecantikan dan kegagahan seseorang itu terletak pada

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni

rohani. Lelaki yang cantik adalah:-



1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…



Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada

kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-



1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.




Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

manusia bertanya. . Qur'an menjawab

Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa ?
Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

.
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286

.
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur’an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)



Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)



Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur’an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)



Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)



Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur’an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129


Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka………. (At-Taubah : 111

jika dia jodohku

Ya Allah, andai itu layak bagi kami, maka cukuplah doa kami dengan ridha-Mu untuk jadikan kami sebagai suami isteri yang...
saling mencintai d'kala dekat
saling menjaga kehormatan d'kala jauh
saling mengingatkan d'kala senang
saling menyempurnakan dalam ibadah kpd-Mu
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..

Wednesday 19 October 2011

jangan menunggu

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
tapi tersenyumlah, maka akan bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah
tapi bersedekahlah, maka semakin kaya

Jangan menunggu cinta baru berta’aruf
tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam ridhaNya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru berkahwin
tapi berkahwinlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..♥

dakwah itu

Dakwah itu sebenarnya memperbaiki diri kerana telinga insan yang berkata itu lebih hampir dari yang dijumpanya (^-^)♥

“Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah as-Saff: Ayat 2-3
)

tidak

kekuatan itu tidak ternampak pada fizikal seseorang,,
kecantikkan itu tidak terletak pada paras rupa seseorang,,
kegagahan itu tidak terletak pada machonya seseorang,,
kejelitaan itu tidak terletak pada pandangan mata seseorang,,,
tetapi;;;;;;;;;;
kekuatan boleh d ukur dgn besarnya jiwa...
kecantikkan boleh d ukur dengan maruah yg terjaga...
kegagahan boleh d ukur dengan banyaknya memberi manfaat kpd manusia...
dan,,,,
kejelitaan boleh d ukur dengan hanya mempersembahkan diri untuk Allah dan RasulNya,,,serta untuk suami yg tercinta,,,^_^

sedang menunggu seseorang


JIKA,
dirimu sekarang SEDANG MENUNGGU SESEORANG,
untuk MENJALANI KEHIDUPAN menuju REDHANYA,
MAKA,
bersabarlah.

Demi ALLAH,
DIA tidak datang KERANA KECANTIKAN dan KETAMPANAN, KEPINTARAN ataupun KEKAYAAN serta MENILAI SIAPA DIRI KAMU YANG SEBENARNYA..
Tetapi..
ALLAH lah yg menggerakkan HATI,
HATIMU dan HATINYA.

SIMPANLAH segala bentuk ungkapan CINTA dan KUNCI ''HATIMU''..
ALLAH akan menjawabnya dengan LEBIH INDAH di saat yang TEPAT.

INSYAALLAH !

berterima kasih

Berterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka
mungkin kita di syurga.
Berterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka
kita punya sumber kekuatan.
Berterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka
kita menjadi seperti sekarang.
Berterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka
kita merasa sebuah kehidupan.
Berterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang
menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya..

manusia , malaikat dan syaitan

(¯`*• MANUSIA..MALAIKAT..SYAITAN •*´¯)


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah


Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !


Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

seburuk mana pun perangai org itu

✿.¸.•✿◕..Walau SEBURUK mana pun PERANGAI lelaki atau wanita itu, mereka pasti ingin PASANGAN yang BAIK serta BERIMAN sebagai pendamping mereka..

>>> SOALNYA : Berapa ramai yang BERFIKIR, “Jika aku ingin yang TERBAIK, MENGAPA aku tidak MULAKAN dari diri aku sendiri supaya menjadi baik dan beriman?"..✿.¸.•✿◕

Renung-renungkan..(✿◠‿◠)

maksud name anda?

jamiliah=cantik ^_^

Ask me anything

◕‿◕..MUHASABAH DIRIKU..◕‿◕

◕‿◕..MUHASABAH DIRIKU..◕‿◕

♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♫♫•*¨*•.¸¸¸¸.Janganlah Dikau Menganggap UJIAN itu sebagai TAMPARAN buatmu,Tapi Anggaplah Ia Sebagai Suatu PENGAJARAN DariNya..(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿´*.¸.•´Terkadang aku ingin MENGINTIP takdirku agar hidupku lebih TERANCANG. Tapi aku SEDAR, Allah menyimpan TAKDIRku untuk KEJUTAN buat diriku...♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♫♫•*¨*•.¸¸¸¸.

seindah-indah

✿.¸.•✿◕Seindah2 perhiasan adalh perempuan yang solehah~
✿.¸.•✿◕Seindah2 ukiran adalh senyuman yang manis~
✿.¸.•✿◕Seindah2 bisikan adalh ilham dari Allah~
✿.¸.•✿◕Seindah2 perbuatan adalah solat~
✿.¸.•✿◕Seindah2 percakapan adalh zikrullah~
✿.¸.•✿◕Seindah2 hati adalh bersangka baik~
✿.¸.•✿◕Seindah2 kesedihan adalh mengenangkan dosa~
✿.¸.•✿◕Seindah2 kegembiran adalh setelah solat~
✿.¸.•✿◕Seindah2 penghayatan adalah ayat2 al quran~
✿.¸.•✿◕Seindah2 nasihat adalh hadis2 nabi s.a.w~
✿.¸.•✿◕Seindah2 tekad adalh nazar~
✿.¸.•✿◕Seindah2 taat adalh kepada Allah~
✿.¸.•✿◕Seindah2 ikutan adalah kpd Rasullullah

Tuesday 4 October 2011

saham akhirat

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Monday 3 October 2011

MENANGIS

Menangis atau bersedih bukanlah sesuatu yang hina, tergantung mengapa kita menangis.
Jika tangisan itu mengingatkan kita pada Allah Yang Maha Berkuasa. Maka menangis itu lebih baik.
Dan teruskan menangis jika tangisan itu membuatkan kita sedar bahawa kita ini benar-benar makhluk yang lemah.
Dan jangan berhenti menangis jika tangisan itu membuatkan kita sedar begitu banyak dosa-dosa kita selama ini.
Sedarkan diri kita bahawa bahagia itu tidak semestinya melambangkan cinta, tapi menangis itu juga melambangkan satu cinta yang agung
.

jangAN risau Allah dtg dgn PENYELESAIAN

Ada masalah Allah datangkan dengan penyelesaian. Ada yang saat akhir solusinya mendatang. Ada juga yang didatangkan dengan tiada penyelesaian,
Kenapa?

Supaya kita sedar akan pangkat hamba yang dianugerahkan dan tetap sabar merintih serta redho dalam mendepani hari-hari HANYA KERANANYA.

DiAM itu

Diam itu ibadah tanpa susah payah
Diam itu kecantikan tanpa berhias
Diam itu kewibawaan tanpa kerajaan
Diam itu benteng tanpa pagar
Diam itu kecukupan daripada meminta kepada orang
Diam itu istirehat bagi malaikat pencatat amal
Diam itu penutup segala aib

suSAh tak ade intERnET

Susah tak ada internet.
Sebab tak dapat nak keep up apa yang berlaku di alam maya.

Tapi fikir balik,
susah lagi tak ada iman dan taqwa di dalam hati.
Sebab tak dapat nak jaga diri dari cross apa yang Allah larang pada diri.

Kita banyak gusar yang pertama.
Kita banyak lupa pada yang kedua

siapa pun kamOO pada masa lalu

Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi seorang Muslimah yang baik, disayangi dan dihormati. Berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik perlu diteruskan tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu. Tinggalkan masa lalu yang perit itu. Jadikan ia satu pengajaran bukan satu penyesalan yang berpanjangan. - Sakinah Saptu

Saturday 1 October 2011

kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

Seorang lelaki kristian bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Lelaki kristian:knp wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim: tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye,Lalu
... salah stu dari nye dibukakn bungkusanye..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanye kpd lelaki kristian:Antara kedua2 nye mane satu yg kamu akn plh?

Lelaki kristian:sudah tentulah yg msh dlm bugkusan

Lelaki muslim:Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita..

........Kata Imam Al-Ghozali.........

........Kata Imam Al-Ghozali.........
☑ Yang Singkat Itu "WAKTU".
☑ Yang Menipu Itu "DUNIA".
☑ Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
☑ Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
☑ Yang Berat Itu "AMANAH"
☑ Yang Sulit Itu "IKHLAS".
☑ Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
☑ Yang Susah Itu "SABAR".
☑ Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
☑ Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
☑ Yang Berharga Itu "IMAN".
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
☑ Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".