Jangan mencari jika hilangnya aku,
Jangan bersedih dengan ketiadaan aku,
Jangan berduka kerana perginya aku,
Jangan mengharap dengan bantuan aku untuk menggembirakanmu,
Kerana sesungguhnya aku insan yang tak punya kuasa,
Banyak khilaf dan dosa..
Jika kalian menganggapku sempurna, pasti kalian akan menyesal satu hari bila kalian lihat keburukanku ~ :)
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah.
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)