Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan.
Bukti kasih-Nya, kita masih wujud di dunia pinjaman ini.
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah.
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)