Dunia Islamku SELAMAnya: walaupun berulangkali aku ucap
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)

Friday, 28 October 2011

walaupun berulangkali aku ucap

“Seringkali ku baca dalam solatku
Namun jarang sekali aku amalkan
Dan ku merenung sejenak…
Innasolati.. sesungguhnya solatku
Wanusuki.. dan ibadahku
Wamahyaya.. dan hidupku
Wamamati.. dan matiku
LillahiRabbil ‘alamin.. kerana Allah Tuhan sekalian alam.

Walau berulang kali ku ucap
Benarkah segalanya hanya keranaMu?
Solatku.. khusyukkah solatku?
Ibadahku.. banyak lagi yang tidak aku amalkan
Hidupku.. masih belum lurus panduannya
Matiku.. masih menjadi persoalan
Benarkah segalanya hanya keranaMu, ya Allah..

Ya Allah…
Ku cuba sedayanya..
Bantulah aku dalam mujahadahku..

Ya Allah..
Terimalah..
Walau masih banyak lagi cacatnya
Terimalah ya Allah..
Kepada siapa lagi hendak ku persembahkan semua ini
Semuanya hanya untukMu..”
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment