Dunia Islamku SELAMAnya: carilah
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)

Thursday 20 October 2011

carilah

Di dunia moden hari ini…
pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya.
tanpa eye shadow dan pemerah pipi,
tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,
tanpa gemerincing loceng gelang kaki.
tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,
tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,
tanpa pakaian menjolok mata.

Susah?
memanglah.
jiwa muda.
warna-warni menggamit mata.
rasa ingin mencuba membara-bara.
Tapi harus sedar diri,
tanpa semua itu pun,
kamu sudah pun menjadi perhatian.

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,
biar tidak up to date,
biar tidak bergaya..
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment