Dunia Islamku SELAMAnya: merasakan. . .
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)

Thursday 20 October 2011

merasakan. . .

dunia kite ada nohtahnya..Adakala, kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya. Lalu, jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia. Adakala, kita menempa jaya demi jaya dalam mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa. Lantas, timbul rasa dunia itu milik kita selamanya. Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik noktahnya. Bahkan, kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.

Ketika itulah, ketika jiwa terputus hubungan dengan yang menjadikannya serta mengurniakannya kehidupan, lalu jiwa kita menjadi kering dan hilang kepekaan. Lalu kita menyangkakan keseronokan itu kebahagiaan dan nafsu itu jalan menujunya. Kita teraba-raba mencari ketenangan lalu kita temui keserabutan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment