Dunia Islamku SELAMAnya: jika hari ini kita . . . .ada insan yg sedang. . .
SEKIRANYA, AKU sedang MENASIHATI KAMU, BUKANLAH, bererti AKU lah yang TERBAIK dalam kalangan KAMU, BUKAN juga, yang PALING SOLEHAH dalam KALANGAN KAMU, KERANA, AKU juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk DIRI SENDIRI. :)

Sunday 23 October 2011

jika hari ini kita . . . .ada insan yg sedang. . .

Jika hari ini kita ketawa, ada insan sedang berduka,
Jika hari ini kita kecewa, ada insan sedang merana,
Jika hari ini kita terseksa, ada insan sedang menderita.

Jika hari ini kita gembira, ada insan sedang menyeka air mata,
Jika hari ini kita gundah gulana, ada insan sedang berkelana,
Jika hari ini kita merana jiwa, ingatlah, masih ada ruang penguat jiwa.

Kerana, sesungguhnya, setiap yang kita lalui hari ini,
ada Tuhan yang mencipta, dan berlapang dada berada di sisi kita
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment